BANJIR KELANTAN : PASIR MAS PERLUKAN BOT DAN LORI

PASIR MAS – Bot dan lori menjadi kenderaan utama yang diperlukan oleh anggota pasukan penyelamat dalam memudahkan tugasan memindahkan mangsa banjir di jajahan ini ekoran limpahan air yang luar biasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir memaklumkan bahawa situasi itu dapat dilihat khususnya di Rantau Panjang apabila jalan masuk ke kawasan kampung sudah ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter.

Tren banjir di Pasir Mas semakin menaik ekoran hujan berterusan ketika ini. Ianya dapat dilihat apabila 18 buah pusat pemindahan banjir (PPS) telah dibuka setakat pagi ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah meminta bantuan dari Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan agensi lain dalam menjayakan penugasan ini.

Beliau berkata, segala aset seperti bot dan lori yang ada telah digerakkan bagi melaksanakan tugas menyelamat.

 

 

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN & INFO BENCANA JKM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut