Dasar Keselamatan Negara 2021-2025
Teras 7 (Pembangunan Mampan): Pemuliharaan Alam Sekitar
Pada 23 Februari 2022, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan lawatan teknikal di kawasan hakisan pesisir pantai Batu Feringghi. Kerja-kerja memulihara pantai Batu Feringghi yang mengalami hakisan teruk akibat pukulan ombak kuat akan dilaksanakan oleh MBPP dan JAS.

Dalam perkembangan yang sama , lawatan tapak ke lokasi yang turut dihadiri YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP dan YBhg. Dato’ Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia berserta YBrs. Tuan Haji Zainalfikry Bin Haji Daud, Pengarah Bahagian Zon Pantai JPS telah diberikan taklimat solusi serta pelaksanaan kerja-kerja secara sistematik dan efektif dalam tempoh masa terdekat dan seterusnya bakal mengembalikan semula keindahan persisiran pantai Batu Feringghi. Taklimat disampaikan oleh pegawai teknikal JPS dan MBPP.
Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP



