AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2022 BERKUAT KUASA PADA 22.02.2022

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta A1644) telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2022 semalam setelah mendapat perkenan diraja pada 19 Januari 2022 lepas.

Akta A1644 yang telah dimasukkan ke dalam warta pada 25 Januari 2022 lalu diharap mampu memberi solusi terbaik dalam menzahirkan usaha Malaysia menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan lebih efektif, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau turut memaklumkan bahawa akta itu merupakan instrumen perundangan utama negara dalam mendepani isu perhambaan zaman moden sekali gus membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.

Menurut beliau lagi, pindaan kepada akta ini telah dilaksanakan bagi memperkasa peruntukan berkaitan sebagai usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan menangani kedua-dua jenayah yang dinyatakan. Turut dimaklum bahawa secara secara keseluruhannya, terdapat 17 peruntukan dipinda dengan penambahbaikan yang melibatkan pindaan bagi perkara-perkara yang berikut (antaranya) pindaan kepada tafsiran pemerdagangan orang dan pemansuhan tafsiran paksaan serta peningkatan hukuman penjara dan pengenaan hukuman sebatan.

Beliau berkata pindaan lain membabitkan peruntukan kesalahan yang lebih berat termasuk penjawat awam dan pewujudan kuasa menteri dalam pelantikan mana-mana pegawai awam sebagai penguatkuasa di bawah Akta 670. Pindaan turut melibatkan penambahan keanggotaan organisasi lain dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

Menteri Dalam Negeri juga memaklumkan bahawa pindaan itu juga melibatkan peluasan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam pengurusan serta kawalan pegawai pelindung selain rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang.

Beliau berkata pendekatan menyeluruh kerajaan dan pendekatan menyeluruh masyarakat yang digunakan diyakini mampu menambah baik kedudukan Malaysia dalam sebarang penilaian antarabangsa sekali gus meningkatkan imej negara di mata masyarakat dunia.

Seluruh lapisan masyarakat diseru untuk bersama-sama berganding bahu bersama kerajaan bagi membanteras jenayah ini dengan melaporkan sebarang maklumat melalui Chatbot di laman Facebook MAPO, e-mel mapo_tip@moha.gov.my dan talian 03-8000 8000.

Disember 2021 lepas, media melaporkan Persidangan Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021. Rang undang-undang itu bertujuan memastikan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) selaras dengan kehendak Protokol Palermo dan Konvensyen ASEAN bagi Menentang Pemerdagangan Manusia terutama Wanita dan Kanak-Kanak (ACTIP).

Sumber gambar, berita dan artikel:

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2054321

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-pindaan-2022-berkuat-kuasa-hari-ini-347990

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut