SUMBANGAN PERALATAN TERAPI KEPADA BEBERAPA PERTUBUHAN DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2022 – YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan hari ini turun menyantuni anak-anak di pusat latihan ini dan menyampaikan sumbangan peralatan terapi berjumlah RM40 ribu seperti Anatomy Set, Disk O Bocce, Multiactiv Stone dan lain-lain kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Putrajaya, PPDK Sinar@9 Putrajaya, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Permata Hati. Peralatan terapi ini dapat meningkatkan potensi latihan anak-anak OKU. Perbadanan Putrajaya juga turut menyumbangkan voucher card membeli belah bernilai RM100 kepada setiap pelajar. Pihak Yayasan Wilayah Persekutuan pula menyerahkan sumbangan bakul makanan seperti beras, tepung gandum, gula, mihun dan lain-lain kepada setiap pelajar dan petugas di keempat-empat PDK ini.

#Putrajaya

#SHWP2022

#KeluargaMalaysia

#WilayahKita

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …