OPS SARANG KHAS / OP CEGAH JENAYAH KHAS BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PERINGKAT IPD MANJUNG

MANJUNG, 21 Februari 2022 – Sepasukan anggota Polis yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Manjung dan anggota Balai Polis Beruas telah menjalankan Ops Sarang Khas / Op Cegah Jenayah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Peringkat IPD Manjung yang bermula jam 1000 hrs sehingga 1800 hrs pada semalam.

Hasil daripada Ops yang telah dijalankan ini meliputi kawasan Kebun Kelapa Sawit di sekitar Beruas, Perak ini, pihak Polis telah berjaya menahan seramai (15) orang individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 317.60 gram dadah jenis heroin, 20.22 gram dadah jenis syabu dan 2 biji (0.56 gram) dadah jenis eramin 5. Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM 13,168.00.

Daripada keseluruhan yang ditangkap, seramai (2) orang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, (1) orang disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seramai (12) orang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak Polis turut mengambil tindakan mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan 16 PPPPPB (PPN Fasa 4) iaitu aktiviti kehadiran ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial semasa menghisap dadah.

Sumber: Polis Daerah Manjung

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …