HAPUSKAN STEREOTAIP: TEMA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

“Hapuskan Stereotaip” diangkat sebagai tema bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Exco Pembangunan Sosial dan hal Ehwal Bukan Islam, YB Chong Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata stereotaip gender dilihat menjadi salah satu punca kurangnya penglibatan golongan wanita dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi dan politik.

YB Chong Eng berkata, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas mendapati bahawa kadar penyertaan buruh wanita di negara ini masih rendah berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Malaysia mencatatkan 55.3 peratus kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada tahun 2020 berbanding Singapura (69.7 peratus) dan Thailand (66.8 peratus). Jurang gender terbesar dapat dilihat dalam domain penglibatan wanita dalam politik yang mana mencatatkan skor terendah iaitu 0.10 yang menunjukkan golongan ini masih jauh ketinggalan berbanding lelaki.

Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat di negara ini khususunya di Pulau Pinang agar menyokong usaha menghapuskan stereotaip gender dengan menyertai kempen yang dijalankan. Pada 8 Mac 2022, bersama-samalah kita memakai baju berwarna ungu dan menghias pejabat  dengan warna ungu sebagai tanda solidariti terhadap usaha peningkatkan peranan wanita ini melalui kempen ini.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …