SINDROM KERADANGAN MULTISISTEM PADA KANAK-KANAK

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.

Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut. Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.

Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia. 57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.

Sumber : FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …