19 Februari 2022 (Sabtu) – Aktiviti Trash To Cash SWCorp Cawangan Rembau secara pandu lalu di Drive Thru Recycle Centre (DTRC) Rembau (berhadapan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau) hari ini telah mengumpul sebanyak 220.6kg barangan kitar semula dengan nilai RM87.70. Sisa kitar semula ini telah diselamatkan dari dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Admin kagum dengan komitmen dan kesedaran dalam Amalan 3R di kalangan warga Rembau yang aktif setiap minggu terlibat dengan program ini. Syabas orang-orang Ghombau!
ASINGKANLAH SISA DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR.
Sumber : FB SWCorp Negeri Sembilan