PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP KAWASAN TUMPUAN PELANCONG

Pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang diketuai oleh ASP Shaiful Amirnur Azam bin Omar, Ketua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) BPJKK IPD Melaka Tengah, telah menjalankan Penugasan Pemantauan Pematuhan SOP PPN di kawasan pantai Klebang serta kawasan tumpuan pelancong.
Pemantauan ini bertujuan memastikan orang awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Plan Pemulihan Negara – PPN Fasa 4 oleh pihak kerajaan terutama menjaga penjarakan sosial yang betul dan selamat, memakai face mask serta scan my sejahtera.
Pihak polis menyeru kepada masyarakat apabila datang ke Melaka, patuhi SOP sebagaimana ditetapkan kerajaan supaya sambil melancong kita juga memastikan keselamatan awam itu terjamin.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sumber: IPD Melaka Tengah
#MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …