PPV PICKids WP PUTRAJAYA

‘Pikachu’ tambat hati kanak-kanak terima suntikan vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 15 FEBRUARI 2022 — Kehadiran ‘Pikachu’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (3) di sini, menceriakan suasana sekali gus mengurangkan rasa gementar kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di pusat pemberian vaksin (PPV) itu hari ini.

Sebaik sampai di PPV tersebut, kanak-kanak riang disapa watak animasi terkenal Jepun itu, yang merupakan inisiatif Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut Mohd Ridzuan Che Lah, dengan beliau sendiri menyarung kostum ‘Pikachu’ itu.

“Memandangkan hari ini ramai penerima adalah daripada murid prasekolah, jadi saya buat keputusan untuk pakai kostum Pikachu ini, supaya mereka gembira dan tidak berasa takut untuk menerima suntikan.

Baca liputan penuh PPV PICKids SK Putrajaya Presint 11(3) di pautan berikut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2052361…

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …