PERASMIAN EAGLE EYE 25M SHOOTING RANGE KEM TUN RAZAK PULAU PINANG

PULAU PINANG, 18 Februari 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah merasmikan Lapang Sasar Tertutup 25 meter 2 Div, Kem Tun Razak pada 17 Februari 2022 (Khamis). Lapang sasar ini terletak bersebelahan dengan Wisma Perwira 2 Div yang mula dibina pada 16 Julai 2021 dan siap sepenuhnya pada 25 Januari 2022.

Majlis perasmian dimulakan dengan gimik pelancaran di mana PTD menembak jatuh piring dan seterusnya menandatangani plate perasmian. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara Penamaan Lapang Sasar iaitu secara rasminya diberikan nama Eagle Eye 25M Shooting Range.

Turut hadir adalah PMB TD, Lt Jen Datuk Hafizuddeian bin Jantan, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, AKS SM, Mej Jen Dato’ Sofi bin Md Lepi dan KP BPKP, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan.

Sumber berita dan gambar :

Laman Facebook Markas 2 Divisyen

#atm

#markas2divisyen

#kemtunrazak

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut