PENINGKATAN KES COVID-19: KERAJAAN NEGERI PANTAU RAPI KEMUDAHAN KESIHATAN

Pulau Tikus, 18 Februari 2022 – Kerajaan Negeri sentiasa memantau fasiliti kesihatan di Pulau Pinang selaras dengan peningkatan jangkitan kes COVID-19 kebelakangan ini. Pada 17 Februari 2022, Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow, memaklumkan bahawa statistik yang dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan bahawa 90 peratus kes jangkitan adalah berada pada Kategori 1 dan (Kategori) 2.  

Kerajaan Negeri mendapati kemasukan ke hospital serta kemudahan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berisiko Rendah masih mampu diuruskan iaitu kemungkinan hampir 50 peratus, maka pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan. Fasiliti (kesihatan) tambahan juga bersedia untuk dibuka sekiranya kes kemasukan ke hospital bertambah.

Mengulas mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), YAB Tuan Chow Kon Yeow merayu kepada ibu bapa di negeri ini agar membenarkan anak-anak bawah jagaan masing-masing menerima vaksin. Ini penting agar mereka (kanak-kanak) juga dilindungi, itulah mesej yang ingin beliau sampaikan. Berkaitan dos penggalak, Kerajaan Negeri turut menyeru kepada individu yang layak supaya menerima dos ketiga, sila dapatkan janji temu secepat mungkin sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau hadir terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat.

 

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …