OPS ANTI LITTER

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Ops Anti Litter di sekitar Bandar Baru Seri Petaling pagi ini. Operasi ini melibatkan seramai 29 orang petugas melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti:-

  • Menjaga kebersihan di sekitar kawasan premis;
  • Tidak meletakkan halangan di atas longkang/siar kaki awam yang menghalang kerja-kerja pembersihan;
  • Tidak mengalirkan sisa ke longkang/jalan awam; dan
  • Tidak membuang sampah / puntung rokok di tempat awam.

Pemantauan sekitar kawasan mendapati terdapat premis meletakkan barang perniagaan di siar kaki awam dan di atas longkang yang menyebabkan halangan bagi kerja-kerja pembersihan dan membuang sisa ke dalam longkang awam.

Berdasarkan pemantauan ini, sejumlah 18 notis kompaun di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan telah dikeluarkan atas kesalahan:

4 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a).

Meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain – lain sampah sarap di tempat awam.

4 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d).

Membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam.

8 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d).

Meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan Tred Perniagaan di tempat awam.

2 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(b).

Menutup/menghalang parit terbuka di sisi jalan tanpa kebenaran Datuk Bandar.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

 

#KLBandarUntukSemua

#klbandarku

#kl50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut