JAMINKERJA BAKAL RANCAKKAN SEMULA PASARAN KERJA

Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan pada 19 Februari 2022 (Sabtu) adalah kesinambungan usaha ke arah merancakkan semula pasaran kerja dan membantu melancarkan pemulihan ekonomi negara.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata sebelum ini usaha tersebut telah dilaksanakan melalui Program Insentif PenjanaKerjaya. Melalui program insentif tersebut, ia berjaya membantu 320,864 pencari kerja mendapatkan pekerjaan menerusi pelbagai program pada tahun lalu.

Menurut beliau lagi, kedua-dua program ini tidak banyak beza. Program Insentif PenjanaKerjaya adalah program insentif pengambilan pekerja dan latihan, dilaksanakan sejak 2020 untuk golongan perantis, mereka yang berumur bawah 40 tahun serta mereka dalam segmen 40 tahun dan ke atas.
Manakala Inisitiaf JaminKerja pula berbentuk kewangan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu bermula pada 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas tentera, bekas banduan, warga emas dan penganggur.

Menurut beliau lagi, menerusi inisiatif JaminKerja, majikan yang mengambil pekerja akan menerima insentif 20 peratus daripada gaji bulanan setiap pekerja bagi tempoh enam bulan pertama, dan 30 peratus sekiranya pekerja itu terus digaji bagi tempoh enam bulan seterusnya.

Inisiatif itu akan turut memanfaatkan pekerja dengan Elaun Mobiliti sebanyak RM500 yang akan dibayar sekiranya mereka terpaksa bergerak dari satu negeri atau daerah ke tempat baharu untuk memulakan pekerjaan.

Langkah ini akan membantu melancarkan usaha pemulihan sosioekonomi di samping merancakkan lagi pertumbuhan pekerjaan. Matlmat utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan pengangguran, sekali gus memastikan mereka yang cari pekerjaan dan majikan yang memerlukan pekerjaan dapat dibantu..

Selasa lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan inisiatif JaminKerja yang membabitkan peruntukan RM4.8 bilion akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan.

Di bawah inisiatif itu, beberapa program akan dilaksana iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, Malaysia Shortterm Employment Programme (MySTEP) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran, dengan permohonan menyertainya dibuka mulai 17 Januari hingga 30 Jun depan yang boleh dibuat melalui laman web PERKESO.

Sumber berita dan gambar :

Bernama

#KeluargaMalaysia

#jaminkerja

#perkeso

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut