ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA JPJ NEGERI SEMBILAN

     

Advokasi dilakukan oleh anggota penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan membabitkan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan Unit Keselamatan Jalan Raya (UKJR) JPJ Negeri Sembilan.

Advokasi ini dijalankan bagi memastikan supaya keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan khusus, disamping berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Sesi advokasi dimulakan dengan khidmat nasihat mengenai keselamatan pemakaian topi keledar kepada
penunggang motosikal dan juga beberapa aspek keselamatan apabila menunggang motosikal.

Di samping itu, advokasi turut menekankan mengenai kesalahan jalan raya yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan juga pemakaian topi keledar yang tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

Melalui advokasi tersebut juga, penerangan mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan persendirian diberikan penekanan agar bayi dan kanak-kanak selamat dan terhindar daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama risalah mengenai kerusi kanak-kanak (CRS) turut diedarkan kepada pemandu-pemandu yang membawa anak-anak kecil.

   
Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …