PULAU PINANG BENARKAN AKTIVITI AGAMA DI MASJID DAN SURAU SEPANJANG RAMADAN

BBukit Mertajam, 17 Februari 2022 – Semua aktiviti berkaitan keagamaan di masjid dan surau di seluruh Negeri Pulau Pinang  adalah dibenarkan sepanjang Ramadan tahun ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) mengenai aktiviti di masjid dan surau.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara itu akan dilihat semula sekiranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan SOP yang lebih ketat berikutan peningkatan kes positif COVID-19 kebelakangan ini.

Sumber berita dan gambar :

Sinar Harian

#KeluargaMalaysia

#SOP

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …