HULU PERAK- Ops Bersepadu Pematuhan secara sinergi agensi di daerah Hulu Perak telah dilaksanakan semalam dan telah melibatkan kerjasama antara IPD Pengkalan Hulu, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak (Hulu Perak).
Sesi pemantauan yang dianggotai seramai 25 orang ini telah melibatkan kawasan dan premis perniagaan, pasar awam serta expo Jualan Arena daerah Pengkalan Hulu.
Hasil pemantauan mendapati kesemua pengusaha, pelanggan dan pelancong telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemantauan dilaksanakan serta para pelanggan juga sangat menitikberatkan SOP yang sedang berkuatkuasa.