OPERASI KHAS LAMPU HIGH DENSITY DISCHARGE (HID) OLEH JPJ NEGERI SEMBILAN

     

JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan operasi khas Lampu High-Intensity Discharge (HID) di KM 5.5 Jalan Seremban-Tampin, bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebanyak 231 kenderaan telah diperiksa dan 54 buah daripadanya telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Daripada jumlah ini sebanyak 13 buah kenderaan telah diambil tindakan di bawah Kaedah 94 C&U 1959 kerana memasang lampu HID secara retrofit tanpa kebenaran.

Penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan kerana kesalahan pemasangan lampu HID ini menimbulkan ketidakselesaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

   

Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …