MENYAMAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS: SEORANG LELAKI DITAHAN

Tasek Gelugor, 17 Februari 2022 – Tindakan seorang lelaki menyamar dan mengaku sebagai seorang anggota polis dengan menghantar rakaman video yang menunjukkan sepasang gari dengan niat untuk menakutkan seorang lelaki membawa padah apabila mangsa telah membuat satu laporan Polis pada 15 Februari 2022.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai merakam video tersebut dengan niat untuk menakutkan mangsa serta meminta mangsa agar menghormati beliau ekoran daripada masalah yang dihadapi oleh mereka sebelum ini berkaitan isu rumah sewa.
Tangkapan keatas suspek yang berusia 30an dan berasal dari Sg Petani telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
Pihak polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman serta sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Menyamar sebagai penjawat awam) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 (Memiliki peralatan polis tanpa kebenaran) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya.
Orang ramai dinasihati agar tidak sewenang-wenangnya menyamar sebagai seorang penjawat awam kerana ianya merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan dari sudut undang-undang.
Sumber:
Laman Facebook  PDRM Pulau Pinang
#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …