BOT ROSAK DAN HANYUT : APMM PULAU PINANG SELAMATKAN NELAYAN

GEORGE TOWN, 17 Februari 2022 – Empat (4) nelayan termasuk seorang tekong berjaya diselamatkan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang selepas bot mereka mengalami kerosakan pada awal pagi 16 Februari 2022 (Rabu).

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed memaklumkan bahawa kesemua mangsa berusia lingkungan 29 hingga 61 tahun itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.50 pagi selepas bot mereka yang berpengkalan di Tanjung Piandang, Perak itu ditemui di 1.5 batu nautika barat daya Pulau Rimau di sini. Tambahnya lagi kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia.

 

Sumber berita dan gambar :

Laman Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

#KeluargaMalaysia

#apmm

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut