TUJUH PERATUS POPULASI KANAK-KANAK DI MALAYSIA TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2022 – Sejumlah 246,869 atau tujuh peratus (7%) populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam negara telah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Selasa ini.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewsa dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19; sejumlag 22,939,377 individu atau 97.5 peratus (lengkap vaksin), manakala 98.7 pratus atau 23,216,096 (sekurang-kurangnya satu dos).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,796,605 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,877,213 atay 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sehingga semalam, sebanyak 154,776 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 42,374 termasuk 39,749 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos kedua (1,657) dan dos penggalak (110,754) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,356,763 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 31 kematian akibat COVID-19 direkodkan pada Selasa dengan Sabah melaporkan lapan (8) kes; Selangor, tujuh (7) kes; Johor, enam (6) kes; Pulau Pinang, lima (5) kes; Kedah, dua (2) kes dan masing-masing satu (1) kes di Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut