PROGRAM ‘TALK TO US’ & AMANITA BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2022  – Program ‘Talk To Us’ & AMANITA Balai Polis Pantai telah diadakan di Pejabat Pos Pekan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sjn Badrul Hisham bin Senapi bersama Kpl Mohd Azmizam bin Ahmad, Kpl Nurul Nadia binti Yaakub, Kpl Norhuda binti Selamat dan L/kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah hadir mengendalikan kaunter pameran dan penerangan tersebut. Seramai 30 orang pengunjung di Pejabat Pos Pekan Telawi telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Tujuan utama program ialah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM. Program ini juga memperkenalkan peranan serta fungsi AMANITA kepada kaum wanita dan peranannya dalam menyalurkan meklumat berkaitan kegiatan jenayah di kawasan perumahan.

Tips-tips pencegahan jenayah dan pendedahan aspek keselamatan serta langkah-langkah wajar dalam menjaga keselamatan diri, harta benda kepada pengunjung turut diberikan disamping mengedar risalah berkaitan pencegahan jenayah. .

Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 pagi.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#balaipolispantai

#ipdbffebruari2022

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …