AMANITA meneruskan langkah dengan melawat kaum wanita terutamanya golongan suri rumah yang tinggal jauh dari bandar Port Dickson. Mereka merasa seronok melihat sekumpulan polis wanita yang berpakaian AMANITA berwarna ungu menyapa dan bertanyakan situasi keamanan dan keselamatan di kawasan kejiranan mereka.
Kedatangan AMANITA merupakan tindakan proaktif bagi mendekati/menyelami/meninjau keadaan kaum wanita di taman – taman perumahan, kampung-kampung, kawasan perniagaan dan lain- lain kawasan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. Selain Tanah Merah, AMANITA juga melawat kaum wanita di kawasan Chuah dan Bukit Pelanduk.
OBJEKTIF RONDAAN/ LAWATAN :
- Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah / peniaga mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah /peniaga untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.
- Merealisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.
- Menerangkan kepada golongan suri rumah / peniaga yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah.
- Menasihati suri rumah / peniaga agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri di musim Covid-19 serta sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Sumber : FB IPD Port Dickson