PULAU PINANG, 16 Februari 2022 – Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang, Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad pada hari ini telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang, YS PKPjB Saadon bin Moktar di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi serta sebagai medium bertukar pendapat dalam isu-isu pengurusan keselamatan Negeri Pulau Pinang.
Turut menghadiri sesi kunjungan hormat ini adalah DSP Ahmad Hamdi bin Jamaludin, Penolong Pengarah (Polis) dan Encik Mohd Alfian bin Bakar, Penolong Pengarah (Penerangan).
MKN turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang dalam pengurusan pandemik COVID-19. Sebagai tanda penghargaan, MKN telah menyediakan sumbangan berupa pek makan tengah hari kepada semua pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang.