GEORGE TOWN, 15 Februari 2022 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai mengikut bernilai RM3.3 juta menerusi operasi yang dijalankan di perairan negara ini sejak Januari lalu.
Melalui sidang media yang diadakan hari ini di Pejabat PPM Wilayah Satu, Batu Uban, Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata kejayaan itu adalah hasil operasi khas yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina membabitkan sekitar Zon Langkawi, Kedah; Pulau Pinang; Perak dan Selangor.
Sebanyak 2.2 juta batang rokok dengan nilai RM3 juta serta 4,227 liter minuman keras bernilai RM9,087 telah dirampas sepanjang tempoh itu. PPM Wilayah Satu turut merampas dua kereta, satu bot berserta dua enjin serta masing-masing satu motosikal dan lori. Seramai 12 individu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kastam 1967.
Dalam perkembangan lanjut, beliau menyatakan bahawa agensi penguatkuasaan itu turut berjaya menahan 39 bot penumpang atas pelbagai kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 dan melakukan penguatkuasaan terhadap bot pukat tunda yang beroperasi di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah maritim atau rentas sempadan boleh menghubungi talian 04-6558222.
Sumber berita dan gambar :
#KeluargaMalaysia
#apmm