PROGRAM IMUNISASI PICK-KIDS DI LABUAN

WP LABUAN – Program Imunisasi PICK-KIDS di Labuan telah bermula pada 7 Februari 2022. Pelaksanaan program itu merupakan kolaborasi antara Jabatan Kesihatan Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan. Jabatan Kesihatan Labuan menyasarkan untuk memberi vaksin COVID-19 kepada kira-kira 11 ribu orang kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di pulau ini melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan tersebut. Dalam pada itu, pelancaran program itu telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ismuni Bohari di perkarangan Hospital Labuan.

Menurut Pengarahnya, Dr. Ismuni Bohari, Jabatan Kesihatan menyasarkan untuk menyelesaikan pemberian vaksin tersebut dalam masa sebulan bergantung kepada maklum balas komuniti di Labuan.
“Para Ibu bapa sangat digalakkan untuk memberikan vaksin kepada anak-anak mereka terutamanya semasa kes COVID-19 yang semakin meningkat agar setiap kumpulan umur dapat dilindungi.
“Beberapa Pusat Pemberian Vaksin akan dibuka antaranya Hospital Labuan, Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Sekolah Kebangsaan Sungai Lada dan Kompleks Darul Kifayah,”jelasnya lagi.
Sumber: Jabatan Kesihatan Labuan, Jabatan Penerangan Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut