????? ???????? ??? ????????? ?????? ????????? ?? ????? ????????? ?????-?? (???) ??????? ????????? ?????? ???????? ????? ????? (??????) ?????? ????? ????

TASEK GELUGOR, 10 Februari 2022 – Ujian Saringan dan pemakaian gelang kuarantin di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Dewan Besar, Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Utara beroperasi setiap hari secara pandu lalu termasuklah hari cuti umum demi kepentingan rakyat di negeri ini. Tiada ‘walk-in’ dibenarkan, hanya melalui temu janji sahaja.

CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah. CAC akan berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT). Pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.

CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 & 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah. CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital.

Setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang koordinator. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian telefon CAC Sungai Dua, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara menerusi talian telefon 04-5751833 / 04-5755533.

Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook JKN Pulau Pinang
#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …