PPM WILAYAH SATU TAHAN 39 BOT PENUMPANG, 52 BOT PUKAT TUNDA

GEORGE TOWN, 10 Februari 2022 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan 39 bot penumpang di sekitar perairan negeri ini, Langkawi, Perak dan Selangor kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Semuanya ditahan dalam operasi khas sempena Tahun Baharu Cina bermula 21 Januari hingga 7 Februari 2022 lalu yang bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pengusaha bot terhadap keselamatan penumpang.

Komander PPM Wilayan Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata bahawa pihaknya turut mengenal pasti beberapa kesalahan sebelum semua bot itu ditahan dan diserah kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi tindakan lanjut.

Antara kesalahan dilakukan pengusaha bot penumpang tersebut termasuklah lesen bot tamat tempoh, tiada lesen sah, tidak memiliki sijil kompentensi (COC) dan tidak memiliki Insurans Penumpang seperti disyaratkan JLM.

Menerusi operasi yang sama, PPM turut menahan 52 bot pukat tunda kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

Sumber berita dan gambar:

Harian Metro

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …