PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA AKAN DIPUTUSKAN PERDANA MENTERI – MENTERI KANAN PERTAHANAN

Butterworth, 10 Februari 2022 – Pembukaan sepenuhnya sempadan negara akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. selepas meneliti perkara itu yang dijangka dibentangkan di Kabinet atau mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Pemulihan COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya mengalu-alukan syor yang yang dikemukakan Majlis Pemulihan Negara (MPN) berhubung pembukaan sepenuhnya sempadan negara. Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya bersama anggota kuartet yang terdiri daripada Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan ahli jawatankuasa lain yang terbabit tidak diberikan mandat untuk membuat keputusan berkenaan.

Kelmarin, MPN mengesyorkan Kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib. Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, syor adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini. Namun katanya, pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara. Jelasnya, ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan berpandukan syor daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan KKM akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

 

Sumber berita dan gambar:
Harian Metro

 

#MenangBersama

#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut