URUSAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE-15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) secara rasminya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Negeri Johor berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari 2022 sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Pada 9 Februari 2022 (Rabu), SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Johor Ke-15, serta Sidang Media Pengumuman Tarikh-Tarikh Pilihan Raya kepada Pegawai-Pegawai Pengurus untuk Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Johor Ke-15. SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 9 Februari 2022 ( Rabu )
Hari Penamaan Calon : 26 Februari 2022 ( Sabtu )
Hari Mengundi Awal : 8 Mac 2022 ( Selasa )
Hari Mengundi : 12 Mac 2022 ( Sabtu )

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 26 Februari 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 11 Mac 2022 (Jumaat). Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Dewan Negeri Johor ke-15 ini adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemaskini sehingga 21 Januari 2022. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi. Sebanyak 1,021 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 4,638 tempat mengundi/saluran dan 63 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 82 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 tempat mengundi/saluran. Manakala sebanyak 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 56 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui laman portal SPR pengundi.spr.gov.my atau menelefon ke talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 21 Februari 2022 (Isnin).

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor diĀ https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

JPJ: OPERASI KHAS MOTOSIKAL TUMPU LAPAN KESALAHAN UTAMA HINGGA 31 DISEMBER 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua (2) bulan bermula 1 November 2024 …
Maklumat Lanjut

APAKAH TUJUAN AKAUN PERSARAAN, AKAUN SEJAHTERA DAN AKAUN FLEKSIBEL?

Jom fahami penerangan ringkas tentang fungsi Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3). Untuk …
Maklumat Lanjut

KES AMANG SEKSUAL GISBH: MAHKAMAH TETAP 18 NOVEMBER SERAHAN LAPORAN PERUBATAN MANGSA

Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menetapkan 18 November depan untuk serahan laporan perubatan bagi kes amang seksual melibatkan empat …
Maklumat Lanjut