JANGKITAN COVID-19 KANAK-KANAK DI MELAKA TINGGI BERBANDING DEWASA

MERLIMAU 10 Feb – Melaka mencatatkan kadar jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah melebihi golongan dewasa iaitu 13.9 peratus atau 11,755 kes sejak 2020.

Exco Kesihatan negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata setakat semalam Melaka mencatatkan kes kumulatif COVID-19 sebanyak 84,835 kes.

Katanya, jumlah itu meliputi 73 kes membabitkan bayi berusia bawah satu bulan manakala 647 kes bagi kanak-kanak satu bulan hingga setahun.

“Selain itu, 3,297 kes melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun dan 7,738 kes kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun.

“Justeru itu, saya bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menyeru ibu bapa ambil pencegahan awal bagi mengelakkan jangkitan lebih serius dengan mendapatkan vaksinasi kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan dan membawa anaknya mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Vaksinasi Kanak-Kanak di Merlimau, hari ini.

EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika hadir ke Program PICKids peringkat negeri di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin, Merlimau, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya mengikut kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia melibatkan kanak-kanak adalah sebanyak 9.9 peratus namun di Melaka kita rekodkan sebanyak 13.9 peratus kanak-kanak dijangkiti wabak itu.

“Ini berikutan apabila sekolah dibuka wujudnya kluster pendidikan dan kes-kes terpencil yang berlaku di sekolah yang kita tidak klasifikasikan sebagai kluster.

“Macam yang saya maklumkan kita tidak pasti…anak kita mungkin sihat, kalau kena COVID-19 kita tidak pasti sama ada anak kita akan ‘end up’ (berakhir) dengan kategori 1 dan 2 atau lebih teruk.

“Jadi untuk langkah pencegahan awal lebih elok kita beri vaksinasi walaupun tidak wajib,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

KEPENTINGAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN: HAJIJI

UCAPAN: Hajiji semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu, turut kelihatan Musa bersama tetamu kehormat yang lain. KOTA KINABALU: Kepentingan rakyat …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. LAHAD DATU: Seorang lelaki …
Maklumat Lanjut

RM7.5 JUTA DISALURKAN KEPADA 1,809 USAHAWAN DI SABAH

SERAH: Ewon menyampaikan replika cek semasa dalam majlis itu. PENAMPANG: Sejumlah RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak …
Maklumat Lanjut