IBU BAPA PERLU YAKIN DENGAN PICKids – MUFTI KELANTAN

 

KELANTAN – Golongan ibu bapa perlu yakin dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dijalankan kerajaan dan mereka dinasihat tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pihak tertentu berhubung perkara itu khususnya melalui media sosial.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamed, memaklumkan bahawa pengaruh media sosial yang mengatakan kemungkinan ada kesan sampingan menyebabkan golongan ibu bapa bimbang menyenaraikan anak mereka untuk divaksin. Suntikan vaksin ke atas kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang dimulakan kerajaan baru-baru ini sudah diputuskan Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) dan mengikut garis panduan dibenarkan.
Kerajaan memperkenalkan vaksin bukan untuk tujuan negatif atau keburukan, tetapi semata-mata untuk kebaikan rakyat.
Beliau menyeru masyarakat terutama di Kelantan berubah cara berfikir dan anggaplah vaksin sebenarnya untuk kebaikan.
SUMBER : BERNAMA, BH ONLINE & FB KELANTAN STATE

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut