JKM SEDIAKAN KHIDMAT TELE KAUNSELING KEPADA MANGSA BENCANA

Apabila berbicara soal pengurusan bencana, skopnya sangat luas, rumit dan kompleks. Sehubungan dengan itu, semua agensi dan lapisan masyarakat mestilah menggembleng tenaga dan saling membantu antara satu sama lain apabila berlakunya sesuatu yang diklasifikasikan sebagai bencana. Pengurusan bencana merupakan satu perkara penting yang perlu diteliti secara holistik dalam pelbagai aspek oleh semua pihak supaya tadbir urus dan gerak kerja pengurusan bencana tersebut semakin bertambah baik dari semasa ke semasa serta kekal relevan untuk dipraktikkan.

Umumnya masyarakat di Malaysia lebih sinonim dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai agensi peneraju (focal point) dalam urusan bencana negara. Namun, tahukah anda pengurusan bencana sebenarnya melibatkan beberapa agensi khusus yang berperanan membantu masyarakat mengikut kepakaran dan kebolehupayaan fasiliti agensi masing-masing.

Salah satu agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara peranan JKM apabila berlaku bencana adalah seperti yang tertera dalam infografik di bawah:

Selain itu, JKM turut menyediakan talian sokongan psikologi kepada orang awam yang memerlukan khidmat tele kaunseling, khusus kepada mereka yang terlibat dengan bencana seperti banjir. Di Pulau Pinang, orang awam boleh menghubungi talian sokongan JKM Negeri 04-6505259.

Sumber infografik :

Laman Facebook JKM Negeri Pulau Pinang

#KeluargaMalaysia

#pengurusanbencana

#bencana

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …