KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI, MKN SABAH KE ATAS YAB KETUA MENTERI SABAH BERTEMPAT DI PEJABAT KETUA MENTERI

Kota Kinabalu, Sabah 25 Januari 2022 :  Kunjungan hormat Ybrs. Tuan Norali Bin Ag. Damit, Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah ke atas YAB Ketua Menteri Sabah bertempat di pejabat Ketua Menteri. Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengarah MKN telah berkongsi isu-isu keselamatan dan bersama sama memikirkan ruang kerjasama untuk perancangan strategik ke hadapan.

Sorotan pengurusan krisis pada dua tahun sebelum ini juga dijadikan asas dalam pemikiran perancangan strategik yang menuntut kerjasama dan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri Sabah dan MKN Sabah selaku agensi Persekutuan.

Dalam pertemuan ini juga, MKN Sabah telah menyerahkan watikah pelantikan YAB Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) oleh YAB Perdana Menteri kepada beliau. JKKN merupakan platform tertinggi pengurusan keselamatan Negeri yang dianggotai oleh agensi agensi keselamatan negara.

Sinergi seperti ini amat mustahak dalam meletakkan keselamatan rakyat negeri Sabah sebagai agenda utama Kerajaan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan ,Datuk Hj. Awang Shahminan bin Awang Sahari.

#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut