PICKIDS MELAKA BERMULA RABU INI

AYER KEROH – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Melaka akan bermula Rabu ini (9 Feb). EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, seramai 94,500 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di negeri ini layak menerima vaksinasi bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 itu. Katanya, bagi melancarkan PICKids di Melaka, sebanyak tujuh pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka di negeri ini. “PPV itu membabitkan tiga di daerah Melaka Tengah, dan masing-masing dua di daerah Jasin dan Alor Gajah. Pada masa sama, tiga buah hospital di negeri ini iaitu Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah akan turut melaksanakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah kanak-kanak yang divaksin memandangkan ia masih belum diwajibkan. Namun, beliau berharap seramai yang boleh kanak-kanak di negeri ini dapat mengambil vaksin tersebut memandangkan kes jangkitan kini semakin meningkat.

“Kalau dapat lebih 50 peratus kanak-kanak di Melaka menerima vaksin pun sudah cukup menggembirakan tetapi kalau boleh kita mahu seramai yang boleh diberi vaksin. “Ingat vaksin ini bukan untuk menghentikan jangkitan, tetapi yang lebih penting ialah ia dapat mengurangkan tahap keseriusan jangkitan itu,” ujarnya.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …