AIR BERTAKUNG DI JALAN BERKEMBAR JALAN PAYA TERUBONG (BUKIT KUKUS): MBPP ARAH JURUTERA BERI PENJELASAN

PULAU PINANG, 8 Februari 2022 – Pada 5 Februari 2022, telah berlaku takungan air ketika hujan lebat di bahagian penghujung jejantas menghala ke Jalan Tun Sardon. Kejadian itu telah menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap di atas jejantas.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu adalah berpunca daripada daun kering dan sampah sarap yang menghalang laluan air keluar menerusi sistem perparitan.

MBPP telah meminta jurutera yang mengendalikan projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) untuk mengemukakan penjelasan secara terperinci berhubung insiden ini. MBPP menerusi kenyataannya pada 7 Februari 2022 memaklumkan pihaknya telah mempelawa pakar-pakar dari The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) cawangan Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan jurutera MBPP bagi mengenal pasti punca utama kejadian serta menyumbang nasihat, terutamanya dari aspek teknikal bagi menangani insiden itu.

Sumber berita:
Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …