??????? ?????? ??????? ???? ?/?? ??????? ??????????????? ???? ??????

   

LUMUT, 27 Jan – Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) terus mempamerkan komitmen jitu dalam meneruskan kesinambungan latihan kesiagaan yang dilaksanakan secara berkala menerusi Latihan Perang Pangkor siri 4/22 yang telah berjaya direalisasikan di sekitar perairan Selat Melaka. Latihan ini merupakan inisiatif berterusan yang dilaksanakan bertujuan untuk memperkasa tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.

Latihan Perang Pangkor siri 4/22 pada kali ini telah disertai dan dijayakan oleh beberapa aset TLDM iaitu KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD MAHAMIRU, KD KINABALU dan KD SUNDANG serta disokong oleh Fast Combat Boat TLDM. Pelbagai siri latihan telah berjaya diterjemahkan antaranya meliputi aspek latihan Navigasi, Komunikasi, llmu Kelautan dan Peperangan.

Sebagai nilai tambah, latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan. Setiap siri latihan yang dilaksanakan telah dinilai oleh Tim Penilai dari Bahagian Kesiagaan MPA Barat dalam memastikan setiap latihan yang terlaksana menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Latihan kesiagaan ini adalah merupakan sebuah pendekatan efektif yang digunapakai bagi mengekalkan tahap profesionalisme warga untuk sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dalam mendepani sebarang situasi konflik atau peperangan sebenar. Latihan berkala secara berterusan akan terus dilaksanakan dalam memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang pada sebilang masa.

 

Sumber : FB Tentera Laut Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …