INSIDEN KEBAKARAN DI KAMPUNG LAYANG-LAYANGAN, LABUAN

WP LABUAN – Sebuah rumah jenis separuh kekal di Blok 5, Kampung Layang-Layangan terbakar dalam satu kejadian pada 26 Januari 2022 itu. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, rumah berkeluasan 40 kali 40 kaki itu terbakar dalam skala 85 peratus. Sejurus menerima panggillan kecemasan kira-kira jam 8.40 pagi, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai 13 pegawai dan anggota bersama jentera. Operasi memadam api melibatkan BBP Layangan dan dibantu anggota daripada BBP Kg. Jawa dan BBP Rancha-Rancha. Operasi terkawal dan tamat pada jam 9.57 pagi. Semasa kejadian tiada mangsa terlibat. Punca kejadian dan anggaran kerugian dalam siasatan.

Terima kasih diucapkan kepada JBPM WP Labuan!
Kredit: JBPM WP Labuan, BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …