MEREMAJA WAKAF FOKUS MAIWP TAHUN 2022

 

KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2022 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan 2022 dalam usaha MAIWP mengaktifkan sumber baharu dana bagi terus menyantuni masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Gimik Majlis Pelancaran Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan Tahun 2022 ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad(Idris Ahmad) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disaksikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (HEA) dan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, bertempat Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

YB Senator Tuan Haji Idris turut menekankan agar semua agensi agama sentiasa berusaha menterjemahkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menerusi Pelan Strategik Hal Ehwal Agama (HEA) yang memberi fokus kepada 5 kluster utama iaitu kesejahteraan sosial melalui pembangunan modal islam menerusi transformasi penyampaian perkhidmatan dengan penambahbaikan dasar dan perundangan bagi terus memperkasa sosioekonomi masyarakat Islam khasnya dan Malaysia amnya.

Perkara ini telah dinyatakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris pada ucapan amanat sempena tahun baharu 2022 yang turut dihadiri oleh 14 Agensi Agama di bawah JPM Hal Ehwal Agama. Pihak MAIWP yang diwakili oleh Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah menyerahkan simbolik replika cek Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA di Wilayah Persekutuan berjumlah RM1.8 juta dan Bantuan Elaun Guru KAFA Di Wilayah Persekutuan Tahun 2022 sebanyak RM11.52 Juta kepada Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …