LAWATAN KERJA YB MENTERI KPDNHEP KE KG SG HJ KUNING DAN SG MELAYU, PULAU SEBATIK TAWAU, SABAH

Tawau Sabah 15 Januari 2022: Lawatan kerja rasmi Menteri KPDNHEP  YB. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama KSU KPDNHEP ke Kampung  Sg. Hj. Kuning dan  Sg. Melayu Pulau Sebatik Tawau, Sabah bertujuan bagi melihat sendiri perjalanan barang-barang kawalan bersubsidi di sekitar Pulau Sebatik. Rombongan sempat singgah melawat Pos Kawalan PGA di Sg. Melayu bagi menyampaikan sedikit sumbangan barang-barang keperluan asas dan makanan.

Dalam program lawatan ini juga YB Menteri KPDNHEP bersama rombongan berkesempatan melihat stor penyimpanan gas LPG  ALIF UTAMA CORPORATION iaitu wakil pengedar yang sah bagi gas LPG di Pulau Sebatik. Rombongan juga turut melihat batu sempadan PB02 serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Konsulat Republik Indonesia Tawau, Sabah. dan program lawatan ini berjalan dengan lancar.

#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …