PEMANTAUAN SITUASI BEKALAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN ASAS & KAWALAN, PEMATUHAN SOP FASA 4 PELAN PEMULIHAN NEGARA, OPS PASAR, OPS CAKNA, PEMERIKSAAN HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK TULEN (BOTOL), PEMERIKSAAN BARANGAN KEPERLUAN PRA PERSEKOLAHAN DAN PEMERIKSAAN SHMKM.

KOTA BHARU, 25 Januari 2022 – Pemantauan situasi bekalan harga barangan keperluan asas & kawalan, pematuhan SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Ops Pasar, Ops Cakna, pemeriksaan harga maksimum minyak masak tulen (botol), pemeriksaan barang keperluan prasekolah dan pemeriksaan SHMKM sedang giat dilaksanakan oleh KPDNHEP di beberapa daerah di Kelantan.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan mendapati kedudukan bekalan dan harga barang-barang keperluan & asas mencukupi serta mematuhi harga yang ditetapkan.

Setakat ini bekalan semasa stabil dan tiada aduan berhubung kenaikan harga diterima bagi premis yang dipantau. Semua premis disarankan mengikut akta yang dikuatkuasakan.

KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan dan tindakan tegas akan diambil serta akan dipertuduhkan di mahkamah mengikut perundangan yang ditetapkan.

 

 

 

#KPDNHEPKelantan

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …