#JUBLI EMAS: KONVOI GOLDEN RIDE BAKAL DITERUSKAN KE PANTAI TIMUR

SELEPAS kejayaan penganjuran Konvoi Golden Ride dari Kuala Lumpur ke Arau yang bertujuan untuk mempromosikan sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur, ia bakal diteruskan ke negeri Pantai Timur dalam masa terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, keputusan untuk mengadakan konvoi siri kedua itu diambil selepas selepas kejayaan konvoi pertama yang melibatkan 50 motosikal berkuasa tinggi.

“Lokasi siri konvoi Golden Ride seterusnya sepatutnya ke Johor namun disebabkan akan ada Pilihan Raya Negeri, perancangan konvoi terpaksa diubah ke negeri di Pantai Timur melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan peserta konvoi yang bermula di Dataran Merdeka di sini pada Jumaat, dan berakhir di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Shahidan berkata, sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur yang bermula pada Februari ini bukan sahaja diraikan warga kota tetapi juga dihayati oleh seluruh rakyat kerana Kuala Lumpur telah melalui sejarah yang panjang dan banyak kejayaan dicapai dalam tempoh tersebut.

“Sambutan Jubli Emas ini melibatkan semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita merancang agar ada sentuhan negeri. Ada pesta budaya yang akan disertai oleh semua negeri, ada pesta makanan dari negeri-negeri dan lain-lain.

“Kita akan meraikan sejarah panjang Bandaraya Kuala Lumpur, maka semua rakyat Malaysia terlibat dengan kejayaan Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, konvoi Golden Ride diketuai oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias itu, turut diadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan asnaf dan B40 di dua lokasi, Parlimen Arau dan Parlimen Parit. – WILAYAHKU

 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut