MBMB bina 36 pondok bas dilengkapi lampu solar

AYER KEROH 24 Jan – Dalam usaha menjimatkan penggunaan elektrik dan menjana tenaga mesra alam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membina 36 pondok bas dilengkapi lampu solar di kawasan pentadbirannya.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi MBMB, kerja-kerja pembinaan pondok bas di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dilaksanakan melalui kerja undi Bil.2/2021.

“Pembinaan pondok bas ini seiring hala tuju kerajaan negeri yang komited meningkatkan kualiti perkhidmatan bas henti-henti demi kemudahan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk urusan harian,” katanya.

Seramai 12 kontraktor dilantik secara undian untuk melaksanakan kerja membina pondok bas berkenaan dengan pecahan tiga unit di setiap DUN dalam kawasan pentadbiran MBMB.

 

pondok bas 1- KERJA-kerja membina pondok bas di kawasan pentadbiran MBMB.

pondok bas 2- ANTARA pondok bas yang siap dibina bagi kemudahan awam.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …