CUBAAN SELUDUP 1050 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN!

TUMPAT, 23 Januari 2022 – Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8 disini semalam.

Serahan melibatkan anggaran sejumlah 35 tong jerikin anggaran kuantiti 1050 liter minyak petrol disyaki dalam cubaan untuk diseludup dari negara jiran dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 2152.50.

Turut ditahan bersama sebuah kenderaan jenis Proton Wira berpendaftaran Malaysia yang mempunyai tangki tambahan berisi minyak petrol dengan nilai kenderaan anggaran sebanyak RM 5,000.00 dan seorang pemandu lelaki berumur 20an turut ditahan bagi siasatan lanjut.
Kes dihasilkan oleh PGA Batalion 8 ketika menjalankan operasi sekitar sempadan negara dan siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut