LATIHAN OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (CARILAMAT) OLEH APMM LABUAN

LABUAN – Satu Latihan Operasi Mencari Dan Menyelamat (CARILAMAT) telah dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan sebagai persediaan dan siap siaga kesemua agensi terlibat sekiranya berlaku insiden sedemikian. Antara agensi terlibat seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Perbadanan Labuan.

Dalam latihan tersebut, sebuah kapal tangki minyak telah berlanggar dengan sebuah feri penumpang yang dinaiki seramai 13 orang yang turut menyebabkan berlaku tumpahan minyak di 2.5 batu nautika Tenggara Tanjung Aru perairan Labuan. Walaubagaimanapun, kesemua penumpang selamat dalam operasi Latihan yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam selepas itu. Latihan diselia oleh Komander Maritim APMM Labuan, Mohd. Hafiz Abd. Mutalib selaku Penyelaras Latihan Operasi.

Kredit: BES Labuan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut