KEJAYAAN MISI PENGHANTARAN BAHAN API KE MENARA TELEKOMUNIKASI TELEKOM MALAYSIA (TM) GUNUNG TELAPAK BUROK, JELEBU

   

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak sebuah pesawat Helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron bagi membantu menghantar bekalan bahan api ke menara telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) Gunung Telapak Burok, Jelebu.

Bencana alam yang melanda baru-baru ini telah mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan dan menyebabkan laluan darat untuk menaiki ke kawasan tersebut telah terputus hubungan. Walaupun dengan keadaan cuaca dan angin yang tidak menentu, operasi selama 2 hari yang diketuai oleh Pegawai Memerintah No 10 Skuadron, Lt Kol Muhammad Fazri bin Md Zin TUDM telah berjaya melaksanakan 13 sortie penerbangan dengan menghantar sebanyak 41,600 kg bekalan bahan api ke menara telekomunikasi tersebut. Penghantaran udara yang dilaksanakan oleh TUDM ini adalah usahasama di antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Platun Hantaran Udara 10 Briged PARA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Telekom Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

   

Komander Pesawat; Mej Mohd Asrul bin Junid TUDM, Mej Muhammad Uwais bin Md Zain TUDM, Mej Mohd Noor Khairul bin Kamarudin TUDM, Mej Mohd Rafiq bin Rahmad TUDM, Mej Muhamad Hijaz bin Kamarudin TUDM, Kapt Rozaini bin Abd Mutalib TUDM bersama tiga (3) orang Pembantu Juruterbang, enam (6) orang Kuartermaster Udara, tiga (3) orang anggota juruteknik dan empat (4) orang anggota PASKAU ini telah melaksanakan penerbangan ke SK Sri Pantai terlebih dahulu iaitu LP dan Pickup Point bagi tempat pengumpulan bahan api.

Seramai enam belas (16) anggota TM, enam (6) anggota Platun Hantaran Udara 10 Briged dan tujuh (7) anggota Bomba telah dihantar menggunakan kaedah hoisting ke puncak Gunung Telapak Burok sebagai kumpulan awal bagi penerimaan bahan api tersebut. Penghantaran setiap bahan api tersebut telah dilaksanakan menggunakan kaedah “cargo sling” ke puncak gunung tersebut yang berketinggian 3,780 kaki dari aras laut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan misi penghantaran bahan api ke Menara Telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) Gunung Telapak Burok, Jelebu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …