Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan, iaitu:
1. Tanah Datar
2. Batu Hampar
3. Seri Lemak (Solomak Minang)
4. Anak Melaka
5. Mungkal
6. Payakumbuh
7. Seri Melenggang
8. Tigo Batu
9. Tigo Nenek
10. Anak Aceh
11. Batu Belang
12. Biduanda
Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun.
Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Kemudian, datanglah orang-orang dari luar dan membentuk suku-suku mereka di Negeri Sembilan.
Sumber : Laman FB Minangkabau Negeri 9 Malaysia dan YouTube Ieka Arida dan ML Studios