14 Jan 2022 – Taman PD Utama, Port Dickson. AMANITA IPD Port Dickson mengamalkan konsep santai untuk mendekati wanita terutama golongan suri rumah semasa menjalankan rondaan/lawatan di Taman PD Utama bagi mendapatkan maklumat situasi keamanan dan keselamatan di kawasan kejiranan mereka pasca kuarantin menyeluruh akibat pandemik COVID 19 yang melanda negara.
Golongan suri rumah yang ditemui menyatakan terima kasih dan terharu kerana pendekatan santai oleh PDRM melalui AMANITA membuat mereka merasa lebih selesa dan terbuka untuk menyalurkan maklumat jenayah/bercerita khabar berita/keadaan semasa/ bagaimana mereka melalui/ menangani cabaran menghadapi COVID 19.
AMANITA juga sempat meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan pekerja wanita di Chorus Hotel. Port Dickson.
OBJEKTIF RONDAAN/ LAWATAN :
- Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah / peniaga mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah /peniaga untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.
- Merialisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.
- Menerangkan kepada golongan suri rumah / peniaga yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah
- Menasihati suri rumah / peniaga agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri di musim Covid-19 serta sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Sumber : Polis Daerah Port Dickson