PROGRAM PEMBERSIHAN PASCA BANJIR OLEH WARGA IPD JEMPOL BERSAMA MASYARAKAT DI KAWASAN PENTADBIRAN BALAI POLIS ROMPIN NEGERI SEMBILAN

   

Warga IPD Jempol diketuai oleh Supt. Hoo Chang Hook – Ketua Polis Daerah Jempol, telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sosial pasca banjir ke atas rumah masyarakat kampung yang terjejas ekoran kejadian bencana banjir yang melanda baru-baru ini di kawasan pentadbiran Balai Polis Rompin.

Setelah bertungkus lumus memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan ekoran pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara dengan rondaan yang berterusan dan melaksanakan penugasan mengikut Arahan MKN 20, pada hari ini setelah ramai mangsa yang dibenarkan pulang dari Pusat Pemindahan Sementara, pihak IPD Jempol mengambil kesempatan ini untuk memastikan mangsa yang pulang dengan hati yang lapang ekoran rumah mereka telah dibersihkan ini.

Turut sama hadir dalam program ini adalah Pengurus Felda Palong 4&5 dan Ketua Unit Perladangan Felda Palong 5 serta masyarakat setempat yang terlibat.

Pihak IPD Jempol juga berharap program ini dapat diteruskan bagi mendampingi masyarakat selaras dengan slogan PDRM iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

  

Sumber : Laman FB Ibu Pejabat Polis daerah Jempol

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …