PULAU-PULAU KEDAULATAN MALAYSIA

Pulau Libidan, Sabah

 

Menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Pusat Hidrografi Kebangsaan, negara kita memiliki sekitar 879 pulau dengan 418 terletak di Semenanjung Malaysia manakala 394 pulau ini adalah sebahagian daripada negeri Sabah. Untuk rekod, pulau-pulau di Malaysia dibahagikan kepada empat kategori – pembangunan, resort, taman laut dan tidak berpenghuni. Daripada 879 pulau yang terdapat di negara ini, 535 daripadanya tidak berpenghuni kerana ketiadaan bekalan air. Malaysia turut mempunyai 510 ciri geografi luar pesisir yang tidak dikategorikan sebagai pulau, seperti ridge, sandbanks, atau batu.

Pulau Mantanani,Kecil, Sabah

Mendokong penuh aspirasi Dasar Keselamatan Negara yang berfalsafahkan Konsep Keselamatan Menyeluruh dengan slogan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandang serius dan prihatin dengan ancaman-ancaman yang mampu menganggu gugat kestabilan dan kedaulatan negara. Mutakhir ini, pasukan keselamatan negara terpaksa berhadapan dengan cabaran pencerobohan oleh pendatang tanpa izin (PATI) dan juga pihak-pihak tertentu, yang berlaku di sekitar perairan dan sempadan negara.

Pulau, Lungisan, Sabah
Pulau Tagabua, Sabah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …